Mesyuarat ini antara lainnya membincangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengelola blog Jabatan Sains Sosial. Dalam mesyuarat ini, En Yazid Tuah selaku pegawai ICT di IPGM Kampus Keningau ini telah memberikan beberapa garis panduan kepada ahli jawatankuasa untuk mengelola blog ini.
Terdapat pelbagai idea dan pendapat yang dilontarkan oleh para pensyarah dan guru pelatih yang sememangnya dilihat sebagai percambahan maklumat yang berguna untuk kebaikan kedua-dua pihak. Pada sesi yang sama, Puan Afinah, Puan Phylis serta Puan Faridah turut memberikan beberapa maklumat penting mengenai perancangan jabatan ini bagi menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Segala maklumat tersebut akan diumumkan oleh pihak admin dan moderator blog JSS dalam masa terdekat.
Berikut merupakan jawatankuasa khas yang akan menguruskan blog JSS :
Pihak ADMIN :
1. Saudara Mohd Alfizari (PISMK-OUM Kajian Sosial)
2. Saudari Chong Oi Lan (PISMP-Pengajian Sosial)
3. Saudara Rayenyson (PISMP-RBT)
4. Saudara Aziman (PPISMP-Kajian Sosial)
Moderator :
1. Saudara Azfar Zhafran (PISMK-OUM Kajian Sosial)
2. Saudara Mohd Firhan (PISMP-Pengajian Sosial)
3. Saudari Nastasiah (PISMP-RBT)
4. Saudara Hafiz (PPISMP-Kajian Sosial)
Terdapat 2 lagi penambahan moderator dari opsyen PPISMP-BM yang akan diumumkan kelak. Oleh itu kepada mereka yang telah dilantik, jalankan tanggungjawab anda dengan sebaiknya.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan seperti berikut :
Tempat : Jabatan Sains Sosial
Masa : 2.30 petang
Tarikh : 8 Julai 2009
Kehadiran adalah wajib..Sekian terima kasih..
No comments:
Post a Comment