Visi Jabatan

Jabatan Kajian Sosial sebuah institusi pendidikan guru yang bertaraf dunia.

.......................................................................................................

Misi Jabatan

Jabatan Kajian Sosial bertanggungjawab memupuk dan meningkatkan komitmen pelajar dalam penyediaan guru permulaan yang berketrampilan dan mahir dalam pelaksanaan kurikulum Pengajian Sosial dan Reka Bentuk & Teknologi.

.......................................................................................................

Objektif Jabatan

Melaksanakan kurikulum perguruan bagi mata-mata pelajaran pengkhususan, subjek sekolah dan asas dinamika guru iaitu Pengajian Sosial, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kemahiran Hidup, Reka Bentuk dan Teknologi, Hubungan Etnik dan Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Standard pencapaian ialah 100% lulus dan guru pelatih berpuas hati pada 3.5 dengan proses pengajaran-pembelajaran pensyarah.

Memberi kemahiran dan melatih pelajar dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup, penerapan nilai-nilai sivik dan kewarganegaraan, patriotisme serta penerapan pendidikan alam sekitar dalam subjek sekolah.

Melaksanakan komponen pengukuhan latihan keguruan melalui program latihan mengajar, gerakerja kokurikulum dan Bina Insan Guru dengan pencapaian 100% lulus dan guru pelatih berpuas hati pada 3.5 dengan latihan yang diberi.

Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan infostruktur pedagogi di jabatan dan bilik kuliah atau lokasi latihan yang ditetapkan.

Meningkatkan prestasi kerja pensyarah bagi menyumbang ke arah kecemerlangan kepimpinan pedagogi melalui latihan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Meningkatkan lagi kemampuan jabatan sebagai ‘learning organization’ melalui kolaborasi dengan pihak luar sekurang-kurangnya sekali setahun.

Memperkukuhkan semangat kerja berpasukan jabatan.

.......................................................................................................

Perancangan Tahunan Jabatan Kajian Sosial 2009

Tarikh

Fokus

Program/Aktiviti

10 Jan

Kursus dan bengkel

Kursus aplikasi Auto CAD

14 - 15 Jan

Bengkel system Fail Pejabat

24 - 25 Jan

Kursus pengendalian RAMT

19 - 20 Mac

Kursus perancangan kewangan

7 - 8 Mei

Kursus grooming & etiket

14 - 15 Mei

Kursus peningkatan P&P PSK dan KT

Januari

Program

Gotong-royong membersih bengkel kemahiran hidup

6 feb - 1 Mac

Program anak angkat PPISMP S2 Kajian Sosial ambilan Julai 2009 Masyarakat Brunei-Kadayan

4 – 5 April

Program eksplorasi warisan – Regata Lepa-lepa

Sep – Okt.

Karnival Kurikulum dan Ko-kurikulum IPGM Kampus Keningau

Pameran BBM

Hari terbuka unit Kemahiran Hidup

.......................................................................................................

Thursday, July 23, 2009

SENARAI SEMAK PENSYARAH JABATAN KAJIAN SOSIAL DALAM MELAKSANAKAN KURIKULUM YANG DITETAPKAN

1. Mata Pelajaran

Jadual Waktu & Jumlah Interaksi
Proforma/ Sukatan Pelajaran Berdaftar
Rancangan Mengajar Semester
Rancangan Mengajar Mingguan
Bahan-Bahan Pengajaran
Perubahan-Perubahan Semasa
Interaksi
Refleksi
Pelaporan

2. Kerja Kursus

Persediaan JPT
Dokumentasi JPT
Memperbanyakkan Tugasan
Pengedaran Tugasan & Bukti
Kolaborasi
Pengumpulan Tugasan & Bukti
Pemeriksaan KK
Dokumentasi Pemeriksaan KK
Penghantaran Markah kepada KJ
Analisis KK & Ulasan
Pelaporan Analisis KK
Bilangan KK seperti ditetapkan KUPP

3. Peperiksaan

Penyediaan JSU/ JPU
Penyediaan Item Ujian
Pemurnian
Percetakan Kertas soalan
Pentadbiran Ujian
Penyediaan JMK
Moderasi
Pemeriksaan dan Dokumentasi
Pelaporan Analisis KK + Peperiksaan

4. Analisis Item

Memasukkan Data Sistem QUEST
Analisis Item
Bank Soalan

5. Program Mata Pelajaran

Perancangan
Pembentangan & Pelulusan Kertas Kerja
Pelaksanaan dan Dokumentasi
Laporan
Penilaian Program

6. Buku Rujukan

Utama
Sampingan
Jurnal
Website

7. Senarai Nama Pelajar

Cemerlang
Sederhana
Berisiko

8. Pengurusan Bilik/ Bengkel/ Makmal

Persekitaran kondusif
Tempahan Bilik
Kemudahan pengajaran pembelajaran
Tempahan & pembelian peralatan
Penilaian & pelaporan

9. Praktikum

Taklimat Pensyarah
Taklimat Pelajar
Pentadbir Sekolah
Penyeliaan dan bimbingan
Penilaian
Pelaporan

10. Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Kursus Induksi
Latihan Pembangunan Staf
Kursus/ Bengkel/ Seminar
R&D
KPKI

11. Tutor

Merancang tutorial
Melaksanakan tutorial
Senarai pelajar berisiko
Penyediaan & Pembentangan Program Tutor
Dokumentasi & Pelaporan Program

12. SPK/ MQF

Memahami Manual
Persediaan
Pelaksanaan & Dokumentasi
Ruang Penyimpanan
Pelaporan
Penilaian
Penambahbaikan

by :
mej yeap
kjks
ipgmkk

Monday, July 13, 2009

Selamat Datang Kepada Guru Pelatih Baharu..

Selamat datang kami ucapkan kepada semua bakal2 guru pelatih baharu ambilan Julai 2009. Kepada mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke IPGM Kampus Keningau, selamat menyertai 'our family'.

Kepada para ibu bapa yang datang jauh dari seluruh pelosok Sabah, Sarawak dan Semenanjung, kami ucapkan tahniah kerana anak2 anda terpilih mengikuti bidang perguruan di IPGM Kampus Keningau selama 5 1/2 tahun..

Di sini ada beberapa info ingin saya kongsi dengan tetamu blog ini :

Kursus Bahasa Inggeris/Kesusasteraan Inggeris/MathSc
Lelaki : 3 orang, perempuan 16 orang, jumlah 10 orang.

Kursus Bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani/Pendidikan Seni Visual
Lelaki : 8 orang, perempuan 11 orang, jumlah 19 orang.

Kursus Bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani/Pengajian Sosial
Lelaki : 13 orang, perempuan 3 orang, jumlah 16 orang.

Kursus Matematik/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 7 orang, perempuan 13 orang, jumlah 20 orang.

Kursus Pendidikan Jasmani/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 13 orang, perempuan 5 orang, jumlah 18 orang.

Kursus Pendidikan Seni Visual/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 8 orang, perempuan 13 orang, jumlah 21 orang.

Kursus Sains/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 10 orang, perempuan 7 orang, jum;ah 17 orang

"Sepakat Kolektif & Menjulang Kecemerlangan"

Sumber diperolehi : //pismkoum.blogspot.com/

Sunday, July 5, 2009

Pengajian Sesi Kedua Tahun 2009

KURSUS SEPENUH MASA YANG MELIBATKAN JABATAN SAINS SOSIAL

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN (KAJIAN SOSIAL) S8

HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas
HBSS4303 Pengenalan Antropologi

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (BAHASA MELAYU) S6

PSK3104 Pembelajaran Berkhidmat dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (REKA BENTUK & TEKNOLOGI) S4

RBT3107 Teknologi Elektrik & Elektronik
RBT3108 Pentaksiran Dalam Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PENGAJIAN SOSIAL) S2

PSS3103 Perkembangan Sejarah Negara
PSS3104 Geografi Persekitaran

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PENGAJIAN SOSIAL) S3

SS3311P Pembinaan Negara Bangsa
SS3311P Kajian Luar/ Kerja Lapangan
SS3312P Prinsip Ekonomi
SS3312P Alam Sekitar: Kemahiran Amali

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PENGAJIAN SOSIAL) S1

SS1311P Sejarah Malaysia
SS1311P Alam Sekitar Fizikal

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH

KH2051P Kemahiran Hidup
SS2051P Pengajian Sosial
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
SK2051E Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Thursday, July 2, 2009

Penubuhan Jawatankuasa Khas

Pada jam 2.30 petang semalam, satu perjumpaan yang dihadiri oleh ketua jabatan Sains sosial iaitu Mejar (B) Yeap Keng Leng, pegawai ICT En Yazid Tuah, para pensyarah JSS serta guru pelatih yang merupakan moderator bagi blog kelas masing2 telah diadakan di jabatan Sains Sosial.

Mesyuarat ini antara lainnya membincangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengelola blog Jabatan Sains Sosial. Dalam mesyuarat ini, En Yazid Tuah selaku pegawai ICT di IPGM Kampus Keningau ini telah memberikan beberapa garis panduan kepada ahli jawatankuasa untuk mengelola blog ini.

Terdapat pelbagai idea dan pendapat yang dilontarkan oleh para pensyarah dan guru pelatih yang sememangnya dilihat sebagai percambahan maklumat yang berguna untuk kebaikan kedua-dua pihak. Pada sesi yang sama, Puan Afinah, Puan Phylis serta Puan Faridah turut memberikan beberapa maklumat penting mengenai perancangan jabatan ini bagi menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Segala maklumat tersebut akan diumumkan oleh pihak admin dan moderator blog JSS dalam masa terdekat.

Berikut merupakan jawatankuasa khas yang akan menguruskan blog JSS :

Pihak ADMIN :

1. Saudara Mohd Alfizari (PISMK-OUM Kajian Sosial)
2. Saudari Chong Oi Lan (PISMP-Pengajian Sosial)
3. Saudara Rayenyson (PISMP-RBT)
4. Saudara Aziman (PPISMP-Kajian Sosial)

Moderator :

1. Saudara Azfar Zhafran (PISMK-OUM Kajian Sosial)
2. Saudara Mohd Firhan (PISMP-Pengajian Sosial)
3. Saudari Nastasiah (PISMP-RBT)
4. Saudara Hafiz (PPISMP-Kajian Sosial)

Terdapat 2 lagi penambahan moderator dari opsyen PPISMP-BM yang akan diumumkan kelak. Oleh itu kepada mereka yang telah dilantik, jalankan tanggungjawab anda dengan sebaiknya.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan seperti berikut :

Tempat : Jabatan Sains Sosial
Masa : 2.30 petang
Tarikh : 8 Julai 2009

Kehadiran adalah wajib..Sekian terima kasih..

Mari Uji Minda Anda...

http://1.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SfYMp3OZ-XI/AAAAAAAAA1Y/0gCNYLdOkfo/s400/monkey_01.png