Visi Jabatan


Jabatan Kajian Sosial sebuah institusi pendidikan guru yang bertaraf dunia.

.......................................................................................................


Misi Jabatan


Jabatan Kajian Sosial bertanggungjawab memupuk dan meningkatkan komitmen pelajar dalam penyediaan guru permulaan yang berketrampilan dan mahir dalam pelaksanaan kurikulum Pengajian Sosial dan Reka Bentuk & Teknologi.

.......................................................................................................


Objektif Jabatan


Melaksanakan kurikulum perguruan bagi mata-mata pelajaran pengkhususan, subjek sekolah dan asas dinamika guru iaitu Pengajian Sosial, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kemahiran Hidup, Reka Bentuk dan Teknologi, Hubungan Etnik dan Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Standard pencapaian ialah 100% lulus dan guru pelatih berpuas hati pada 3.5 dengan proses pengajaran-pembelajaran pensyarah.


Memberi kemahiran dan melatih pelajar dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup, penerapan nilai-nilai sivik dan kewarganegaraan, patriotisme serta penerapan pendidikan alam sekitar dalam subjek sekolah.


Melaksanakan komponen pengukuhan latihan keguruan melalui program latihan mengajar, gerakerja kokurikulum dan Bina Insan Guru dengan pencapaian 100% lulus dan guru pelatih berpuas hati pada 3.5 dengan latihan yang diberi.


Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan infostruktur pedagogi di jabatan dan bilik kuliah atau lokasi latihan yang ditetapkan.


Meningkatkan prestasi kerja pensyarah bagi menyumbang ke arah kecemerlangan kepimpinan pedagogi melalui latihan sekurang-kurangnya dua kali setahun.


Meningkatkan lagi kemampuan jabatan sebagai ‘learning organization’ melalui kolaborasi dengan pihak luar sekurang-kurangnya sekali setahun.


Memperkukuhkan semangat kerja berpasukan jabatan.

.......................................................................................................

Perancangan Tahunan Jabatan Kajian Sosial 2009


Tarikh

Fokus

Program/Aktiviti

10 Jan

Kursus dan bengkel

Kursus aplikasi Auto CAD

14 - 15 Jan

Bengkel system Fail Pejabat

24 - 25 Jan

Kursus pengendalian RAMT

19 - 20 Mac

Kursus perancangan kewangan

7 - 8 Mei

Kursus grooming & etiket

14 - 15 Mei

Kursus peningkatan P&P PSK dan KT

Januari

Program

Gotong-royong membersih bengkel kemahiran hidup

6 feb - 1 Mac

Program anak angkat PPISMP S2 Kajian Sosial ambilan Julai 2009 Masyarakat Brunei-Kadayan

4 – 5 April

Program eksplorasi warisan – Regata Lepa-lepa

Sep – Okt.

Karnival Kurikulum dan Ko-kurikulum IPGM Kampus Keningau

Pameran BBM

Hari terbuka unit Kemahiran Hidup


.......................................................................................................

Monday, May 18, 2009

Good Luck in Exam




Kepada semua guru pelatih IPGM Kampus Keningau yang akan menduduki Peperiksaan akhir bagi semester ini bermula 20 Sehingga 28 Mei ini, pihak admin mengucapkan selamat menduduki exam dengan jayanya. Semoga apa yang telah dipelajari sepanjang satu semester ini dapat membantu anda menjawab soalan dengan tenang dan mudah..

Friday, May 15, 2009

Jasa Guru Usah Dilupa...

Glitter Text



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru kali ini adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Tema ini melambangkan kepentingan dan jasa para guru yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebuah negara bangsa yang berdaulat.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.



Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988



Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu



Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


...."Kami guru pelatih dari opsyen major dan minor Kajian Sosial mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah IPGM Kampus Keningau kerana sentiasa berusaha tanpa jemu dalam mendidik kami untuk menjadi seorang bakal pendidik yang berkualiti.. Jasa anda semua akan kami kenang sampai bila-bila..Terima Kasih cikgu".....

Wednesday, May 6, 2009

PENGAJIAN SESI 1 TAHUN 2009

KURSUS SEPENUH MASA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN (KAJIAN SOSIAL) S7

HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi
HBSS3403 Makro Ekonomi

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PENGAJIAN MELAYU) S5

PSK3103 Kaedah Pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN (REKA BENTUK & TEKNOLOGI) S3

RBT3105 Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
RBT3106 Reka Bentuk Pakaian
WAJ3106 Hubungan Etnik

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN (PENGAJIAN SOSIAL) S1

PSS3101 Pengenalan Pengajian Sosial
PSS3102 Sosiologi Dari Perspektif Pengajian Sosial

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN (PENGAJIAN SOSIAL) S2

SS2311P5 Pengajian Sosial 1
SS2312P5 Pengajian Sosial 2

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) S1

SS2051P Pengajian Sosial
KH2051P Kemahiran Hidup
KH2051E Kemahiran Hidup
SK2051E Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

KURSUS DALAM CUTI

KDPM/ KDC Prasekolah KEMAS & PERPADUAN (Pendidikan Negara Bangsa Malaysia)
KPLI J-QAF/ KDPM-PA (Penyuburan Diri Insan Guru)
KPLI Pendidikan Khas (Kemahiran Hidup)
PGSR (Reka Bentuk & Teknologi)

Mari Uji Minda Anda...

http://1.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SfYMp3OZ-XI/AAAAAAAAA1Y/0gCNYLdOkfo/s400/monkey_01.png