Visi Jabatan


Jabatan Kajian Sosial sebuah institusi pendidikan guru yang bertaraf dunia.

.......................................................................................................


Misi Jabatan


Jabatan Kajian Sosial bertanggungjawab memupuk dan meningkatkan komitmen pelajar dalam penyediaan guru permulaan yang berketrampilan dan mahir dalam pelaksanaan kurikulum Pengajian Sosial dan Reka Bentuk & Teknologi.

.......................................................................................................


Objektif Jabatan


Melaksanakan kurikulum perguruan bagi mata-mata pelajaran pengkhususan, subjek sekolah dan asas dinamika guru iaitu Pengajian Sosial, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kemahiran Hidup, Reka Bentuk dan Teknologi, Hubungan Etnik dan Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Standard pencapaian ialah 100% lulus dan guru pelatih berpuas hati pada 3.5 dengan proses pengajaran-pembelajaran pensyarah.


Memberi kemahiran dan melatih pelajar dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup, penerapan nilai-nilai sivik dan kewarganegaraan, patriotisme serta penerapan pendidikan alam sekitar dalam subjek sekolah.


Melaksanakan komponen pengukuhan latihan keguruan melalui program latihan mengajar, gerakerja kokurikulum dan Bina Insan Guru dengan pencapaian 100% lulus dan guru pelatih berpuas hati pada 3.5 dengan latihan yang diberi.


Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan infostruktur pedagogi di jabatan dan bilik kuliah atau lokasi latihan yang ditetapkan.


Meningkatkan prestasi kerja pensyarah bagi menyumbang ke arah kecemerlangan kepimpinan pedagogi melalui latihan sekurang-kurangnya dua kali setahun.


Meningkatkan lagi kemampuan jabatan sebagai ‘learning organization’ melalui kolaborasi dengan pihak luar sekurang-kurangnya sekali setahun.


Memperkukuhkan semangat kerja berpasukan jabatan.

.......................................................................................................

Perancangan Tahunan Jabatan Kajian Sosial 2009


Tarikh

Fokus

Program/Aktiviti

10 Jan

Kursus dan bengkel

Kursus aplikasi Auto CAD

14 - 15 Jan

Bengkel system Fail Pejabat

24 - 25 Jan

Kursus pengendalian RAMT

19 - 20 Mac

Kursus perancangan kewangan

7 - 8 Mei

Kursus grooming & etiket

14 - 15 Mei

Kursus peningkatan P&P PSK dan KT

Januari

Program

Gotong-royong membersih bengkel kemahiran hidup

6 feb - 1 Mac

Program anak angkat PPISMP S2 Kajian Sosial ambilan Julai 2009 Masyarakat Brunei-Kadayan

4 – 5 April

Program eksplorasi warisan – Regata Lepa-lepa

Sep – Okt.

Karnival Kurikulum dan Ko-kurikulum IPGM Kampus Keningau

Pameran BBM

Hari terbuka unit Kemahiran Hidup


.......................................................................................................

Wednesday, April 15, 2009

Subjek Sejarah Bakal Dirombak

Pendekatan pengajaran mata pelajaran sejarah bagi sekolah rendah dan menengah yang kini berasaskan peperiksaan mungkin dirombak supaya berbentuk penghayatan di kalangan para pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pendekatan sedia ada kurang berkesan untuk melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik dan cintakan negara.

Menurutnya, pembelajaran Sejarah seharusnya lebih tertumpu kepada usaha menanam kefahaman terhadap pelbagai aspek sejarah dan bukan semata-mata berasaskan peperiksaan.

''Maka dengan ini barulah mata pelajaran itu dapat difahami dan dihayati sehingga melahirkan semangat juang di kalangan anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis kesyukuran sempena kejayaannya dipilih ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran anjuran UMNO Bahagian Batu Pahat di sini malam tadi.

Lebih 2,000 orang termasuk isteri Mohd. Puad, Dr. Rubiah Leman dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hadir pada majlis tersebut.

Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata, perkara tersebut akan dibawa pada mesyuarat jawatankuasa Kabinet akan datang untuk dibincangkan.

''Oleh kerana perkara ini penting, maka sebelum itu saya akan berbincang terlebih dahulu dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Beliau berkata, mata pelajaran sejarah penting dipelajari semua pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan enam bagi melahirkan generasi yang memiliki jati diri dan cintakan negara.

Terdahulu ketika berucap, beliau menggesa ahli-ahli UMNO agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melahirkan konsep Satu Malaysia.

''Konsep ini mempunyai matlamat yang cukup besar dalam membela nasib rakyat," katanya.

Mohd. Puad juga berikrar untuk memikul segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan ekoran pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran yang baru.

Dipetik daripada : Utusan Malaysia Online (15 April 2009)

No comments:

Post a Comment

Mari Uji Minda Anda...

http://1.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SfYMp3OZ-XI/AAAAAAAAA1Y/0gCNYLdOkfo/s400/monkey_01.png