Visi Jabatan


Jabatan Kajian Sosial sebuah institusi pendidikan guru yang bertaraf dunia.

.......................................................................................................


Misi Jabatan


Jabatan Kajian Sosial bertanggungjawab memupuk dan meningkatkan komitmen pelajar dalam penyediaan guru permulaan yang berketrampilan dan mahir dalam pelaksanaan kurikulum Pengajian Sosial dan Reka Bentuk & Teknologi.

.......................................................................................................


Objektif Jabatan


Melaksanakan kurikulum perguruan bagi mata-mata pelajaran pengkhususan, subjek sekolah dan asas dinamika guru iaitu Pengajian Sosial, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kemahiran Hidup, Reka Bentuk dan Teknologi, Hubungan Etnik dan Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Standard pencapaian ialah 100% lulus dan guru pelatih berpuas hati pada 3.5 dengan proses pengajaran-pembelajaran pensyarah.


Memberi kemahiran dan melatih pelajar dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup, penerapan nilai-nilai sivik dan kewarganegaraan, patriotisme serta penerapan pendidikan alam sekitar dalam subjek sekolah.


Melaksanakan komponen pengukuhan latihan keguruan melalui program latihan mengajar, gerakerja kokurikulum dan Bina Insan Guru dengan pencapaian 100% lulus dan guru pelatih berpuas hati pada 3.5 dengan latihan yang diberi.


Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan infostruktur pedagogi di jabatan dan bilik kuliah atau lokasi latihan yang ditetapkan.


Meningkatkan prestasi kerja pensyarah bagi menyumbang ke arah kecemerlangan kepimpinan pedagogi melalui latihan sekurang-kurangnya dua kali setahun.


Meningkatkan lagi kemampuan jabatan sebagai ‘learning organization’ melalui kolaborasi dengan pihak luar sekurang-kurangnya sekali setahun.


Memperkukuhkan semangat kerja berpasukan jabatan.

.......................................................................................................

Perancangan Tahunan Jabatan Kajian Sosial 2009


Tarikh

Fokus

Program/Aktiviti

10 Jan

Kursus dan bengkel

Kursus aplikasi Auto CAD

14 - 15 Jan

Bengkel system Fail Pejabat

24 - 25 Jan

Kursus pengendalian RAMT

19 - 20 Mac

Kursus perancangan kewangan

7 - 8 Mei

Kursus grooming & etiket

14 - 15 Mei

Kursus peningkatan P&P PSK dan KT

Januari

Program

Gotong-royong membersih bengkel kemahiran hidup

6 feb - 1 Mac

Program anak angkat PPISMP S2 Kajian Sosial ambilan Julai 2009 Masyarakat Brunei-Kadayan

4 – 5 April

Program eksplorasi warisan – Regata Lepa-lepa

Sep – Okt.

Karnival Kurikulum dan Ko-kurikulum IPGM Kampus Keningau

Pameran BBM

Hari terbuka unit Kemahiran Hidup


.......................................................................................................

Monday, January 4, 2010

Salam 2010

Kami PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009 ingin mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU
&
SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS

buat semua warga IPGM Kampus Keningau

Semoga di tahun baru ini akan memberikan semangat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang buat semua.

Salam mesra, salam 1Malaysia

Monday, October 12, 2009

Kanser daripada sotong kering



GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

kredit to : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php

Tuesday, September 15, 2009

Ikhlas Daripada Kami..




Kami dari opsyen PISMK-OUM Kajian Sosial Semester 8 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pensyarah beragama Islam yang akan menyambut hari lebaran ini tidak lama lagi. Kami mohon maaf kepada semua pensyarah juga sekiranya selama mendidik kami selama ini terdapat salah dan silap yang kami lakukan..turut tidak dilupakan kepada rakan2 yang turut menyambut hari yang istimewa ini..

Ikhlas daripada kami : Alfizari, Musafarudin, Rosli, Zhafran, Akmal, Nasirudin, Sanim, Lee Lip Chaw, Zarina, Clarice, Zashima, Sanimah, Mariam, Adriana, Siti Hafizarina, Marina, Nurhayati, Masferanah, Santi

Salam Aidilfitri

Kami dari kelas PISMP PENGAJIAN SOSIAL ambilan Januari 2009 ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semua pensyarah Jabatan Sains Sosial dan seluruh warga IPGM Kampus Keningau.

Salam Aidilfitri


Saya selaku wakil opsyen PISMP Reka Bentuk & Teknologi ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan yang lalu. Dengan peluang ini saya ingi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan. Maaf zahir dan batin.

:: rayenyson ::

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri








Kami warga Jabatan Kajian Sosial mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua semua rakan IPGM Kampus Keningau, para pensyarah, kakitangan IPGM, serta guru pelatih yang beragama Islam..Semoga kehadiran hari yang mulia ini mengeratkan lagi hubungan antara kita. Jikalau ada silap dan salah, haraplah dimaafkan..

Sekian..

Mari Uji Minda Anda...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKd7Ia6EoqzTZG-mqU8e0f_SuQVv8ePafa_hgk4lsqxRc1CMbyzSoQ3LYDAtw4H7YQSJOLXdEp-7-E3s_btPM1baiZAS7_WRHCLlTGOT-BwkCuHr8E8RCVL0YaJSfTo-JTw14gM6h1CIhm/s400/monkey_01.png